+607 218 2020

Home » Media Centre » News » News: NMIT Perkukuh Hab Pendidikan Iskandar Malaysia: Institusi Lahirkan Profesional Bidang Maritim

News: NMIT Perkukuh Hab Pendidikan Iskandar Malaysia: Institusi Lahirkan Profesional Bidang Maritim

Arlida (kiri) member penerangan kepada Hou (tengah) dan Soer di Putrajaya, semalam.

NMIT dijangka menjadi tumpuan pelajar di rantau ini, Afrika dan Asia Barat kerana ia menawarkan program pengajian berkaitan pengurusan pelayaran yang belum pernah ditawarkan di Asia walaupun rantau ini adalah laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

Bagi merealisasikan penubuhan itu, dua universiti pelayaran terkemuka dunia, Maritiem Instituut Willem Barentsz (MIWB) dan Maritiem Instituut de Ruyter (MIR) semalam memeterai perjanjian muktamad dengan Education@Iskandar Sdn Bhd, anak syarikat Iskandar Investment Bhd (IIB) dan Maritime Intel Sdn Bhd (MISB), pengendali operasi NMIT.

Presiden dan Ketua Eksekutif IIB, Arlida Arriff, berkata dalam industri perkapalan dunia, Malaysia kini berada di senarai 10 negara teratas.

“Susulan itu kami yakin NMIT akan memainkan peranan penting melahirkan profesional dalam bidang maritim bagi memenuhi permintaan kepakaran dalam industri berkenaan di peringkat global.

“Melahirkan modal insan pakar dalam bidang itu juga adalah untuk menyokong pertumbuhan perdagangan dan sektor logistik yang sedang dibangunkan IIB di Iskandar Malaysia,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian itu di Putrajaya, semalam.

Pada majlis disaksikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung itu, Iskandar@Educity diwakili Arlida; MISB oleh Pengerusinya, Mohamed Zohari Mohamed Shaharun; MIWB oleh Pengarah Projek Antarabangsanya, Prof Kapten Cross Stephen Jan; manakala MIR oleh Pengarah Urusannya, Verhagen Diederik August.

Hadir sama Timbalan Ketua Misi Kedutaan Besar Belanda ke Malaysia, Jan Soer.

Mohamed Zohari berkata, pengambilan pertama NMIT ialah pada 2011 membabitkan kira-kira 240 pelajar dan angka itu dijangka meningkat kepada 1,620 menjelang penghujung 2015.

Saturday, 05 June 2010
Source: Berita Harian